Tuesday 25 November 2014

Krisis Pemulihan

Kawan-kawan, Jom tambah ilmu mengenai Krisis Pemulihan (Healing Crisis)

Sesetengah individu akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabilamula mengambil supplemen dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisi pemulihan terjadi!

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun didalam tibuh kita untuk jangkamasa yang lama.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman, cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain-lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.

Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

Kesimpulannya, krisis pemulihan hanya akan berlaku kepada individu tertentu dalam tempoh jangkaan 1 hingga 2 minggu. Tambahlah kuantiti air minum dalam kehidupan seharian kita. Jangan kurang dari 8 gelas. Minum banyak air akan menyebabkan kita ke tandas lebih kerap. Itu NORMAL. Sekiranya anda kurang minum air, maka kesianlah buah pinggang anda yang memproses dengan air yang tidak mencukupi.


Shaklee Independent Distributor
Elena
1116066
010-9370193

No comments:

Post a Comment